Sunday 19 October 2014

Freedom! Ye ke?

Assalamualaikum kesayangan.



PT3 ?!?!?
Pentaksiran Tingkatan 3. Budak sekolah menengah, umur 15 tahun yang jadi first batch untuk exam ni. Ganti exam pmr katanya? Agak clumsy, but apakan daya. Hanya mampu pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi huhu. Kami sedia cahut cabaran! "Erk lepas exam baru kau semangat lebih ye nyah?" Krik krik -,-

Okay. PT3?
Fuhh, *lap peluh, perah dalam baldi*
Alhamdulillah, semua dah beres yey! Penat pulun oii. Cuma tunggu result je sekarang ni. Bedebaq dupdapdupdap juga lah ya. Apa yang kita usaha selama ni harap-harap membuahkan hasil.

Ada something yang aku nak share pasal exam pt3 ni. Something yang buat aku fikir panjang. Yang buat aku termenung sampai selatan australia. Yang buat aku rasa bagai dibuai bayu. Eh? ... entah la nk cakap. Rasa insaf maybe? Aduh apa kau merapu ni suri. Okayy. Jap nak explain.

A year before exam;
*time tu taktahu pasal kewujudan exam pt3 kesayangan ni*
Dalam hati : "lekk luu. Kita tak ada exam pmr pun kann. Pmr dah musnah ekekeke. So kita enjoy je lah ye kenkawan. Tak study pun alahhh small matter. Chillax."
Astaghfirullahalazim. See? Betapa jahilnya aku. Mudah sangat cair dengan hasutan makhluk tanduk dua tu. Sabar je laa.

Awal tahun 2014;
"Hahh? PT3? Apadiaaa pulak dah ni. Tak cukup lagi ke siksa kami  dengan pbs, nk tambah lagi dengan exam? *baling pinggan*"
Allahuakbar. Nak nangis je rasa bila fikir balik. Suriiiii. Istighfar sikit. Eh banyak lagi bagus.

A month before exam;
"Alahai. Sebulan je lagi? Kenapa sekejap sangat masa pergi hmphh."
*aura-aura keinsafan mula nak datang*

A week before exam;
"Ya Allah! Minggu depan exam! Serious taknak main-main dah."
*pulun study bagai nak gila. Kelas tambahan pagi petang siang malam.*

A day before exam;
"Ya Allah. Dengan apa yang aku usaha selama ni, aku harap aku dapat buat yang terbaik dan lebih baik."

Tawakkal kepada Allah. Kita dah usaha sehabis baik, yang tinggal hanya doa dan doa. Tawakkal. Selebihnya tu kerja Allah Taala.

Eh kejap. Aku buat semua ni untuk exam ke? Semata-mata kerana exam? *telan air liur*
Allahuakbar. Kalau betul la niat aku sebab nk jawab peperiksaan yang tak sampai seminggu tu, rasa macam nak ketuk kepala sendiri dengan kuali herggh.

Ilmu. Aku belajar kat dunia ni untuk apa sebenarnya?

Exam?
Umi dan abi?
Keluarga?
Cikgu?
Kawan?
Diri sendiri?
Yaaa. Semua tu yaa. Tapi ada yang lagi penting. Allah. Untuk Allah sebenarnya.

"Belajar kerana Allah"
Pernah dengar ayat ni? Pernah baca ayat ni dekat facebook, twitter, blog atau segala nama bala tu?

Deep meaning. Mula-mula aku terbaca ayat ni, macam-macam soalan yang timbul dalam otak.

Kerana Allah? Ya. Aku belajar untuk bekalan akhirat kelak. untuk majukan umat Islam. Ada niat yang baik dalam hati ni, yang boleh bagi manfaat pada orang lain.

Bukan sebab untuk kepentingan diri sendiri, nak menunjuk-nunjuk, riak and so on.

Muhasabah diri. Tajdid niat. Allah akan bantu kita.

So the conclusion is, ilmu tu wajib dituntut. Tak kiralah ada exam ataupun tak, ilmu sangat penting. Untuk kebaikan masa depan dan di akhirat kelak.

Wassalam xx