Friday 4 September 2015

Throwback.

Assalamualaikum

Hallo kawan-kawan. Sihat sihat belaka kan? Alhamdulillah.

Harini tetiba rasa sedih. Sedih bila teringat balik kenangan tahun-tahun lepas. Kenangan yang indah je k. Yang sedih-sedih tak nak ingat dah. Let bygones be bygones. Tapi kenangan terindah tetap dalam ingatan :')

Jadi pada hari ini, saya ingin bercerita tentang lawatan yang telah saya sertai bersama kawan-kawan saya. Pergi taman belia ja. JA. SAHAJA. 10 minit dari sekolah -,- Kesian kan huhu takpelah syukur dapat hangout dengan kenkawan tersayang pun dah okay. Actually hurm bukan lawatan sangat pun, dia macam aktiviti lepas PT3 last year. Cikgu... form 3 tahun-tahun lepas, siap pergi lawatan langkawi kolumpo bagai. Kenapa kami pergi taman belia je huaaa why cikgu why *nangis*

19 November 2015, Rabu.

Yeay bangun pagi dengan semangatnya. Pakai baju rasmi, siapkan beg kamera etc. Tapi malangnya, terlepas bas sekolah alahai. Lewat berapa minit je, tapi tak sempat kejar bas. Sobs. Terpaksa suruh abi hantar. Tapi... nak tunggu abi bersiap ya ampun kalah umi make-up huhu. At last, sampai sekolah lambat lah jawabnya. Punya lah risau, takut cikgu tinggal aku sengsorang kat sekolah. Sebab hari tu kan kami ada lawatan, satu batch pergi. Kang kena belajar sorang sorang kat sekolah tak pasal menangis air mata darah jugak aku kat situ kahkah. Amboi melebih.

Alhamdulillah, walaupun sampai lewat 30 minit (hahaha 30 minit k), rasa lega sebab nampak kenkawan tengah berkumpul dekat gelanggang sekolah. Tak bertolak lagi pheew *lap peluh* Dengan selambanya, aku duduk je lah kat situ. Tunggu cikgu entah duk buat apa tah. Sambil-sambil tunggu, apa lagi. Selfie lah ekeke. Peace :p

sxdcfvgbhjn
Lepastu cikgu suruh beratur sebab bas dah datang. Jadi kami pun jalan la menuju pagar sekolah. Naik bas, Duduk. Sembang. Gelak. Tak sampai 10 minit, dah sampai taman belia -,- Sekejap sangat adeh. The first thing aku nampak dekat sana adalah... sekumpulan monyet. So yeah, untuk pengetahuan semua, taman belia adalah rumah tumpangan monyet. Tapi jangan risau, monyet jejinak comel-comel je semua. (ye lah sangat. padahal kena kejar dulu sampai nangis-nangis lari seribu langkah hahaha.ok.) Haa yang bestnya, udara kat sana segar nyamaaan sangat. Tak ada bunyi kereta, jentera etc. Bunyi burung-burung berkicauan, bunyi air sungai mengalir hmm :')

kan cantik kan?

Sampai sana pukul 9 pagi. Oleh kerana kami belum sarapan, jadi cikgu dah sediakan nasi lemak satu bungkus untuk setiap orang. Maka kami pun berseronok dan makan dengan penuh selera. k pehal ayat dah jadi skema. Dah kenyang yeay alhamdulillah. Baru semangat nak buat itu ini. Lepastu, semua berkumpul dekat padang untuk warm up. Pegang tangan masing-masing, buat bulatan sebesar-besar alam. Bayangkan, 105 orang... buat bulatan... haaa.  Nasib baik padang besar. Hehe


Rasa seronok sangat dapat pegang tangan memasing lepastu lari dan pusing bulatan tu sambil gelak-gelak. Yang tercabut tudung, tercabut kasut, tercabut tangan sebab kawan tarik kuat sangat, terjatuh gedebuk, semua ada ahahaha! Rinduuu :')

Aktiviti seterusnya : Explorace 

Seriously, explorace dekat taman belia?! Dah la tempat tu besooor, nak buat explorace kat situ huhuhu confirm balik timbang, turun 3kg. eheh. Hmm untuk explorace ni, kena bahagi kumpulan. Satu kumpulan ada 10 orang. Jeng jeng, dapat geng yang best best tu yang seronok tu weeee *joget*


Setiap kumpulan dibekalkan 1 biji telur tau. Ha? Untuk apa hahaha. Kononnya macam barang amanah, kami tak boleh pecahkan telur dengan sengaja atau tidak sengaja sampai laaah tamat explorace. Fuh, susah beb nak jaga telur ke hulu ke hilir bawak ke sana ke mari. Time tu syiqin yang pergi ambil telur dari fasi-fasi. So... tanpa pengetahuan ahli group, syiqin senyap-senyap simpan telur tu dalam poket seluar. Poket seluar ye kawan-kawan. Ada ke patut hahahaha. "Tak boleh bagi kat hampa semua, satgi telur ni pecah" isi hati syiqin berkata huhu. Tapi..... baru buat checkpoint pertama, telur dah pecah huhu :')

Checkpoint 1 : Kunyah Sampai Habis Challenge (sesuka hati aku je letak nama checkpoint, ahh lantak lah.)
Sape pernah makan fruit plus? Alaaah yang 2 sekupang tu. Untuk checkpoint ni, kami akan dapat 10 biji fruit plus. Mula-mula tu macam seronok la juga, sebab kami ingat kena makan sweets ni sebiji sorang. Rupa-rupanya.. huhu. Sorang kena makan 10 biji. Ehem. Tak ke tercekik kami kat situ? Alahai. Jadi, kami decide nak buli asyiqin. Makan dan kunyah sampai habis! Hoho sorry syiq, kami kejam untuk kejayaan kita bersama. Erk.

Sedar tak sedar, dah 5 biji syiqin makan, Tiba tiba....

"Aaahhhhh!"

Ya ampun syiqin kenapa ni? Hg okay ke tercekik kaaaa?! Mana air manaa! Kalut macam  @#$%^&*#$%^&*(& time tu. Hahahaha sumpah lawak.

"Tak bukan! Telur pecah......"

HAHAHAHA WHAAAT. Huhuhuhuhu. Telur pecah weh nak nangis je rasa... baru checkpoint first. Telur dah innalillah. Alahai itulah, masing-masing cuai. Semua pun berhuhuhu. Tapi yang lawaknya, seluar syiqin hahahahahaaha korang fikir lah sendiri apa jadi kat seluar dia. ehehe. And yeah finally! Habis jugak 10 biji sweets tu. Kesian syiqin, dah la seluar basah, mulut pulak kena gagahkan kunyah benda tu. We owe you, syiq. Thankyou muah :p

Checkpoint 2 : Entah lah nak.


Untuk checkpoint 2 ni, hurm......
Tak ingat dah macam mana lol. Sebab time ni, kena pilih dua orang untuk setiap group. Kami berlapan ni kena beratur and duduk dekat belakang, tak nampak diorang tengah buat apa. Crowded sangat. So syiqin dengan ablah je yang wakilkan. Syiqin lagi? Eh dia yang volunteer sendiri. Bukan dipaksa mahupun disuruh hahaha. Ye lah maybe dia nak yang terbaik untuk group kan. Syiqin ni semua yang dia buat mesti the best lah. Abaikan scene telur pecah tadi. Tu dia tak sengaja haha

Sambil-sambil tunggu depa ni habiskan checkpoint 2, kami yang tengah duduk berbaris kat belakang ni boooooosan. Nak bangun gi tengok, malas. penat. letih. Rehat je laa dekat belakang ni sambil menikmati keindahan alam cewah. Tapi kan, ada sekumpulan alien manusia ni, dia rampas kamera aku. Eh tak bukan rampas, pinjam. Dan... anda boleh teka apa yang mereka lakukan? Siapa teka dengan betul, saya bagi motor ducati dua bijik. Haghagagaha.


Tadaaaaa! Selfie lah huhu apa lagi. Comel comel je semua haih :')

Checkpoint 3 : Teka Nama Orang (lol)

Lepas habis checkpoint 2, kami dapat satu kertas bersaiz A4. Aduh kena teka teka nama menteri pulak dah. Ada 8 menteri semuanya. Kena tulis nama penuh halamak ai. Nasib baik nama je. Kalau disuruhnya letak umur alamat nama bini sekali tak ke nayaaa. heh



Payah la jugak nak teka nama penuh. Sebab dah terbiasa dengan nama gelaran je. Jadi.... maafkan kami wahai menteri-menteri sekalian. Kami main hentam huhuhu maaf ya kalau tersalah tersilap harap diampun. Apapun, fuhh berjaya jugak habiskan checkpoint. Ada 3 checkpoint je tapi buat teruk macam ada 8 checkpoint. Well this is mashoor.

Siapa dah habiskan checkpoint, boleh berkumpul balik dekat checkpoint first tadi. Punya lah pecut lari sampai tercungap-cungap. Nak menang kan, huhu. Laaah rupanya ada aktiviti lagi. Siapa dah pecahkan telur, memang sah-sah dah 'tak menang'. Bukan kalah tapi tak menang huhu. Sis redho.

Untuk aktiviti terakhir, ada kaitan dengan telur barang amanah tadi. Jeng jeng jeng. Guess what, 4 kumpulan berjaya tak pecahkan telur! woah acaner depa buat eh hahaha salute. Game dia macam ni. Setiap kumpulan dibekalkan straw satu bungkus, aaaaa yang lain tak ingat. haha k. Dengan menggunakan bahan-bahan tu, ahli kumpulan kena cooperate untuk balut dan balut dan balut telur tu, sampai lah dia terbungkus and make sure bila jatuhkan telur tu dari langit, eh tak la dari langit. Tinggi sangat erk. Pepandai lah fikir tinggi mana zzzz. Lebih kurang tinggi 170cm setengah gitu lah (kononnya)

And the only group yang berjaya adalah..... i can't remember huhuhuhu. Terlalu fokuskan dekat telur yang tak pecah tu, sampai tak ingat sapa yang menang ugh maaf.

Yang menang dah dapat hadiah. Yang kalah? Mesti la dapat hadiah jugak. Lagi special k hiks. Dapat pahala enyenye. Kami kena bersihkan kawasan taman belia. Time ni dah bersorak gembira happy tidak terhingga, sebab boleh jenjalan area itu dan.. bergambar of course ehehe. Alang-alang menyeluk pekasam lah kan kawan-kawan. Biar sampai ke mana? Yer pandai pangkal lengan lol. o k suri ok

Actually tak bersihkan sangat pun. Tempat tu dah memang bersih. Nak bersihkan apa lagi? Ehehe.


Caaaaaantik sangat. Ada dinding-dinding yang dilukis ala-ala lukisan doodle. Han Chiang College yang lukis. Ni mesti inspirasi daripada art street ye tak?

nak join jugak letak jari telunjuk lol

Ablah senyum, uish cair semua orang yang tengah tengok rakaman cctv tu hehe

senyum amani senyum :)
Sekian sahaja dari kami, model-model yang tidak bergaji huhu. Dah siap bergambar semua, kami sambung merayau. Terjumpa pulak tempat orang main skate board. Nasib baik time tu hari sekolah, so macam tak ada orang pun yang main kat situ. Apa lagi, kami conquer la tempat tu. Walaupun kami tak ada skate board, jangan panjang rendah k. Panjat gelongsor lompat terjun gebabum tu dah biasa bagi kami. Tak percaya? Ha tengok ni.


K tipu. Sebab ada tangga nak naik atas sana haha
Dah puas main kat situ, syiqin dah ajak balik. Alaaa balik....

Meet teah, the most cheerful ppl in mashooq haha
Sebelum balik, geng SR (sidang redaksi sekolah) nak ambil gambar pelajar setiap kelas. Semua tunjuk muka happy + penat + nak balik

Ter-candid

Gambar 3 Intisor ada dalam kamera widad. Masa ni nak cepat sebab bas dah tunggu kat luar. Jadi terpaksa guna dua kamera. Jimat sikit masa.

Sampai sekolah, ada yang lepak dekat kantin, ada yang masuk surau (lepastu tidur haha), ada yang duduk dlm kelas blablabla. Fuhh penat macam astagaaa. Kaki rasa macam nak tercabut. Sakit dia ya rabbi Tuhan je tahu.

Tapi... ada geng ni tak mengenal erti penat lelah hahaha. Pantang nampak kamera aku, terus jadi mangsa selfie. 'Untung' dapat kenkawan macam ni.

Alamak ainaa pehal comel sangat ni *emoji gelak nangis*

Nasib baik comel comel cun cun cecantik belaka. Ehehehehe :p

Mak ai panjang pulak entry kali ni hehe. Excited meng-throwback. (suri, jangan menjahanamkan bahasa melayu huhu) Terima kasih untuk yang sudi baca :) 
Saja mengabdikan kenangan terindah dalam blog. Nanti dah tua bangka, boleh baca balik :')

Sekian, saya yang penat menge-type. Sehingga berjumpa lagi. Annyeong. Wasalam.

(nak jugak selfienya)

Friday 14 August 2015

Photograpgh

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holdin' me closer
'Til our eyes meet
You won't ever be alone

And if you hurt me
That's okay baby
Only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go

Wait for me to come home

Friday 10 July 2015

Time Flies Too Fast

hey hey Assalamualaikum :)

Allah.. cepatnya waktu berlalu. Pejam celik pejam celik, dah berapa bulan aku tak update blog huhu. Dulu time mula-mula buat blog, kemain lagi

"nak update blog hari-hari lah"
"tak cukup lagi entry ni, kena update lagi"
"alaaa apa lagi tak kena dgn blog ni"
"kejap la umi, tak siap update lagi ni"

Kejap itu, kejap ini. Macam-macam alasan bagi dekat umi. Dulu bukan main lagi excited degan blog. Tapi sekarang? Hahaha entah kenapa rasa malas. Bukan aku sorang je macam ni. Ramai lagi. Kan? Sape geng angkat tangan cepat hahahaha.

okay okay dah. Hmm harini dah 23 Ramadhan. Dah masuk 10 malam terakhir pun. Oh iya, harini hari jumaat. Jumaat terakhir Ramadhan tahun ni. Cepat kan masa berlalu. Dunia akhir zaman, dah nak kiamat pun. Bersedia dah ke? *ambil periuk ketuk kepala huks*

Alhamdulillah, Ramadhan this year goes very well. Haaa! Ada budak ni baru start puasa hahaha. 'My First Ramadhan' lah kononnya padahal dah darjah 3. Tahun-tahun lepas, penat aku suruh puasa tapi degil. Degil sampai makan senyap-senyap kat dapur lepastu kantoi hahahaha kesian awak. Tapi this year, langkah mayat akak dulu kalau nak curi-curi makan eheheheh *evil laugh

Hanin pun dah terbiasa puasa alhamdulillah. Kalau hanin puasa, si adik(hanis) pun puasa juga lah. Yeay! Budak dua orang ni tak sah kalau tak sekaki. Macam kembar dah walaupun beza 3 tahun hahaha. Untung lah, ada teman nak main. Nanti dah besar, kite gossip together okay? kahkahkah

Harraz(adik laki, darjah 6) pulak, dah besar dah huhuhu. Sekarang dah rajin ikut abi gi masjid. Masjid tu masjid jugak bang oi, upsr tahun ni haih risau pulak akak.

Hmm itu lah kan. Time flies too fast. Yang dulunya kecil, sekarang dah besar. Adat hidup lah kan. Alhamdulillah, syukran ya Allah.

Nota kaki : baju raya warna apa? ehee

Thursday 2 April 2015

Life Update

Assalamualaikum.............and hai semua.

Lamanya tak update blog masyaAllah. Last update bila eh? Kejap nk tengok. Errrr okay 23 December 2014. sekarang? 2 April 2015 hahaahahahahahahahahahhahahahaahaha k apa ni. 4 bulan kot tapi dok rasa macam 4 minggu. Maaf lah ya, kalau dah malas tu tak boleh nk buat apa. Laptop bukannya selalu 24/7 ada kat tangan, bukak laptop pun kalau ada kerja penting je heh. Malas nak bawak keluar laptop dari beg ambil charger cucuk dekat plug tarik wayar sana sini kalau ada yg tergulung-gulung wayar tu kena betulkan balik lepastu bukak suis semua tu. ha ko nampak tak tahap malas tu macam mana? dah macam orang betul yg tak berapa nk betul tapi sebenarnya betul je eh tak betul kot err kot la k joke betul k. eh 

okay back to the topic. life update :)
Hmm sejak masuk 2015 ni, dah macam-macam benda jadi. Tapi taktahu nk start dari mana huhuhu. Macam biasa, rutin pelajar sekolah: pagi pergi sekolah tengahari balik rumah petang malam study ataupun buang masa haha. dan perkara-perkara itu berulang dan berulang dan berulang. 

Cuma sekarang ni busy dengan pertandingan teater komsas kat sekolah. Lawan hari Selasa minggu depan(7/4/15) tapi still main-main hahahaha. Well, kami dak dak mashoor suka buat kerja last minute *buat gwiyomi* Doakan kami, kalau tak dapat 1st place pun, harap-harap dapat la jugak 2nd or 3rd place. 

Habis je pertandingan teater tu, FOCUS STUDY BALIK SURIIIIIIIIIIIIIII. Dah banyak kali keluar kelas untuk teater. Sedih toi la. Exam awal tahun haritu pun mcm ...... sedih gak. Pastu kena study lagi untuk exam tengah tahun bulan 5 ni, haaa sedih lagi. Puasa pun tak habis ganti lagi HAHAHA lagi la sedih. tu pun kena habaq kaaa? wkwk. Conclusion: jom sedih berjemaah.

Sampai di sini sahaja entry kali ni. Den maleh nok tulis pepanjang nanti kome sume bosan sebab takde gambo ekeke. Kalau ado something monarik yg den nak corito, nanti den share ye. Dah kenapa tetiba masuk bahasa ni. k bye, wasalam ;)

Tuesday 23 December 2014

Cerita Cuti Aku

Assalamualaikum teman teman sabahat setia kawan sekalian (amboi)

Wah wah busy sangat ke kau suri sampai lama tak update blog? Jap. Busy? Eheh busy kacau life orang ada ler. Takde maknanya busy, malas tahap gaban super extreme nak update blog. Tu tara update blog pun dah malas, inikan pula buka buku dan study hukhuk ._. Seronok cuti? Ewah ewahh siapa tak seronok. Cuti wehh. Sekolah dilupakan wakakaka. Cuti sebulan lebih hmm rasa macam 10 hari je sobs. Fitrah dunia, masa begitu pantas berlalu.

Ada banyak sebenarnya peristiwa-peristiwa manis dan pahit yang berlaku semasa hari-hari cuti tahun 2014 ni. Eh ayat tak boleh poyo lagi suri? Ha ye la, banyak benda yang jadi, yang boleh mematangkan aku yang sedang menempuh alam-alam remaja dan bakal menuju alam dewasa. Allahuakbar, cepat sungguh jam berdetik, aku 16 tahun dah tahun depan? Whaaattt? Form 4 lol seriously. Senior dah(lol)

Sepanjang cuti ni ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam ceq nak habaq, ceq banyaaaakkkk main hahahahaha YA ALLAH. Tak sedar sedar lagi kau suri, 3 tahun ni ya rabbi perangai, tarzan dalam hutan baik lagi rasanya drpd nak bandingkan aku ni LOL untungla kau tarzan

Life masa cuti :

Pagi bangun solat subuh lepastu continue tidur atas sejadah HAHA (padahal katil kat sebelah)

Umi abi dah meleleh leleh ayaq liuq kejutkan aku tapi tak bangun bangun apa kejadah teruknya (maafkan kakak mi, abi, akak sedang mencipta kenangan yang boleh dikenang suatu hari nanti mhehehehe)

Bangun tak ingat time, mandi tak ingat dunia, makan lupa baca bismillah dan perkara ini berulang pada setiap hari haha lol takde la everyday

Tapi kalau mood rajin tu datang menyinggah, memang rajin tak hengat dunia lah jugak. basuh jemur lipat kain (itu pun umi yang suruh lol) memang peveret aku eheks. Dan yang ini memang aku terlajak rajin malah dapur pun rajin aku sepahkan, buat cake!or cookies and etc. Bangun pagi kalau rasa taktahu nak buat apa, search resepi dekat mr google, catat barang yg nak beli and terus pergi kedai beli apa yang patut. Seharian kat dapur perghh the best thing ever kahkah. Malam tu pepaham je la, penat sakit pinggang otot tangan kaki pankreas all in one package.

Hmmm ada banyak lagi nak story morry pasal cuti tapi di entry yang lain la pulak ye. My eyes are heavyyyy and i need to sleep ugh ngantok. Thankyou for reading muah. Assalamualaikum wbr.


Monday 8 December 2014

Pancake xx

Assalamualaikum

Pancake? Nampak sangat aku ni malas masak hahaha
Tapi okay la, at least aku masak jugak kan? =P

Al-kisahnya, aku ni bosan teramat sangat sungguh nian tak terkata time cuti ni. Seriously, lifeless ugggghhhhhh

At last, i've decided to make pancakes. Malas nk buat benda macam kek or muffin or whatsover semua tu (ye tahu aku malas lol)

So, yeahh, pancake!

Recipe (untuk 15 keping) :

3 cawan tepung gandum
3 cawan susu segar (HL @ dutchlady)
3 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
6 sudu besar butter cair
4 sudu besar gula

Cara masak :

1. Campurkan semua bahan-bahan kat atas, gaul sampai sebati.
2. Tuang 1 senduk campuran tadi dalam pan non-stick
3. Lepas 1 minit, balikkan pancake
4. Siap!
5. Hidang dengan coklat cair ataupun jem (ikut kreativiti masing-masing)

cewah ter-over hias :p


Heeeheheh amacam?
Tak sangka pulak lepas hias jadi macam ni. Siap ada daun kat atas (mhahahaha)
Sekali skala, nak jugak jadi masterchef lol

Okay, setakat ini sahaja entry kali ini.
Wasalam :)

Sunday 30 November 2014

Take Me To Paris!

Holla holaa holla assalamualaikum!


Paris oh paris. Kota bercahaya, kota cinta abadi (acewah)
Pernah pergi Paris? Hmmm. Untunglah siapa yang dah pergi tu. Eh tak pernah? Sama laa kita! Hahaha haiyfaiy sikit! (high 5 lol)

Aku tahu, ramai gadis-gadis kat luar sana yang cipta angan-angan nak travel pergi paris. Kan kan kan? Ehh ngaku je la. Kite same je ekekeke. Tapi........ hukhuk duit mana mau cekau? Pergi oversea bukannya makan duit beratus, beribuuu sayangg. *tepuk dahi*

Travel ni perkara yang buat kita miskin dan kaya dalam satu masa. Nak travel, kena pakai duit banyak. So mula-mula tu je lahh yang kaya. Lepas travel, duit dalam poket pun jadi kering. Miskin! Hukhuk lumrah dunia, macam ni lah. Pandai-pandai laa nak hidup. Hahaha

Tapi kalau teringin sangat nak pergi tu, apa salahnya? Jimat-jimatkanlah duitmu, huhu. Nak pergi untuk cari pengalaman, sekali seumur hidup. Haha.

So today, i would like to suggest 7 things to do in Paris. Free! haaaa percumaaaa. Boleh jimat beratus euro ye anak anak. Wewewewwweeeee~


Galeries Lafayette

Tempat ni sebenarnya gedung ataupun kedai orang-orang kaya yang terletak di Bulevard Housemann. Eh kejap, kedai orang-orang kaya? Kata nak jimat duit? Hahaha. (cuba untuk buat lawak tapi kalau tak jadi takpela) ugh abaikan. 
Banyak benda free yang boleh buat kat sini! 

1. anda-anda semua boleh lihat dan nikmati keindahan ciptaan manusia yang semuanya diatur oleh Allah SWT. Kagum dengan keunika kubah kaca berwarna, suatu warisan daripada Belle Epoque dan Art Nouveau Eras.

2. Ada pertunjukan fesyen mingguan di tingkat 7. Emm yang ni aku tak berapa pasti hari, tarikh dan masa semua tu. Kalau ada rezeki, ada lah :)

3. Kalau pergi tingkat atas sekali, korang boleh tengok pemandangan di kota Paris! cantik angat! err ngada kau suri


Musée Fragonard d'Alfort

4. Muzium yang ada beribu-ribu jenis minyak wangi. Minyak wangi jenis lama, baru, besar, kecil, busuk, masam, masin semua ada lol. Yang penting.. free! Hoho perkataan free tu mesti ada. Free masuk muzium je la. Kalau nak beli minyak wangi, haaa yang tu pakai duit lah ye. Ngeee. Muzium ni terletak di Napoleon II Townhouse.


La Défense

5.  La Defense ni kawasan bandar yang ada macam-macam jenis 'skyscrappers'. Bangunan-bangunan unik yang mencakar langit! Kuasa siapa lagi kalau bukan kuasa Yang Maha Pencipta. Kan? 
Korang boleh jalan-jalan sambil ambil gambar kenangan.. yang penting apa? Free! hahahaha amboi seronok.



Butte Chaumont

6. Bagi orang yang suka jalan-jalan di kawasan ala-ala taman gituu, haa ni laa tempatnya! Dekat situ ada satu apartment nama 'Chandelier', korang kena daki bukit sikit kalau nak sampai sana. Perkataan 'Butte' sebenarnya merujuk kepada perkataan bukit dalam bahasa France. Dah sampai atas bukit, korang boleh tengok satu kota Paris!



Love locks on Pont des Arts and Pont de l’Archevêché


7. Arrghhhh yang ni paling aku sukaaa! Hahaha. Adat orang di Paris, kunci padlock yang diorang letak kat pagar ni simbol kepada 'love forever after'. Konon-kononnya macam cinta diorang terkunci kat situ, so that love tu sampai ke hujung nyawalah. *kononnyaaaa* Hihi, takpelah kita hormat je kepercayaan orang, tapi jangan sampai kita yang terpedaya! Just suka-suka. Ajet kau suri. nyampah


Memandangkan otak pun dah senget, mereng, terbalik, ter-rotate left andd right, baik aku stop me-ne-type. Nanti jadi lain, susah pulak. Hahaha(lol)

Paris, aku harap suatu hari nanti, aku dapat jejak kaki aku dekat sana. Nantilah.... someday, bila dah kerja dah ada duit sendiri ekekeeke. Ni laa orang panggil 'high imagination'. Berangan sampai tak sudah. 

Okayokay! Stop merapu. Pijak dunia nyata ye cik suri. 

Harap-harap entry kali ni dapat tolong ramai manusia yang akan menjejakkan kaki mereka di Paris! 
Te Amo! 
Au Revoir!
Byebye wassalam :)