Tuesday 23 December 2014

Cerita Cuti Aku

Assalamualaikum teman teman sabahat setia kawan sekalian (amboi)

Wah wah busy sangat ke kau suri sampai lama tak update blog? Jap. Busy? Eheh busy kacau life orang ada ler. Takde maknanya busy, malas tahap gaban super extreme nak update blog. Tu tara update blog pun dah malas, inikan pula buka buku dan study hukhuk ._. Seronok cuti? Ewah ewahh siapa tak seronok. Cuti wehh. Sekolah dilupakan wakakaka. Cuti sebulan lebih hmm rasa macam 10 hari je sobs. Fitrah dunia, masa begitu pantas berlalu.

Ada banyak sebenarnya peristiwa-peristiwa manis dan pahit yang berlaku semasa hari-hari cuti tahun 2014 ni. Eh ayat tak boleh poyo lagi suri? Ha ye la, banyak benda yang jadi, yang boleh mematangkan aku yang sedang menempuh alam-alam remaja dan bakal menuju alam dewasa. Allahuakbar, cepat sungguh jam berdetik, aku 16 tahun dah tahun depan? Whaaattt? Form 4 lol seriously. Senior dah(lol)

Sepanjang cuti ni ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam ceq nak habaq, ceq banyaaaakkkk main hahahahaha YA ALLAH. Tak sedar sedar lagi kau suri, 3 tahun ni ya rabbi perangai, tarzan dalam hutan baik lagi rasanya drpd nak bandingkan aku ni LOL untungla kau tarzan

Life masa cuti :

Pagi bangun solat subuh lepastu continue tidur atas sejadah HAHA (padahal katil kat sebelah)

Umi abi dah meleleh leleh ayaq liuq kejutkan aku tapi tak bangun bangun apa kejadah teruknya (maafkan kakak mi, abi, akak sedang mencipta kenangan yang boleh dikenang suatu hari nanti mhehehehe)

Bangun tak ingat time, mandi tak ingat dunia, makan lupa baca bismillah dan perkara ini berulang pada setiap hari haha lol takde la everyday

Tapi kalau mood rajin tu datang menyinggah, memang rajin tak hengat dunia lah jugak. basuh jemur lipat kain (itu pun umi yang suruh lol) memang peveret aku eheks. Dan yang ini memang aku terlajak rajin malah dapur pun rajin aku sepahkan, buat cake!or cookies and etc. Bangun pagi kalau rasa taktahu nak buat apa, search resepi dekat mr google, catat barang yg nak beli and terus pergi kedai beli apa yang patut. Seharian kat dapur perghh the best thing ever kahkah. Malam tu pepaham je la, penat sakit pinggang otot tangan kaki pankreas all in one package.

Hmmm ada banyak lagi nak story morry pasal cuti tapi di entry yang lain la pulak ye. My eyes are heavyyyy and i need to sleep ugh ngantok. Thankyou for reading muah. Assalamualaikum wbr.


Monday 8 December 2014

Pancake xx

Assalamualaikum

Pancake? Nampak sangat aku ni malas masak hahaha
Tapi okay la, at least aku masak jugak kan? =P

Al-kisahnya, aku ni bosan teramat sangat sungguh nian tak terkata time cuti ni. Seriously, lifeless ugggghhhhhh

At last, i've decided to make pancakes. Malas nk buat benda macam kek or muffin or whatsover semua tu (ye tahu aku malas lol)

So, yeahh, pancake!

Recipe (untuk 15 keping) :

3 cawan tepung gandum
3 cawan susu segar (HL @ dutchlady)
3 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
6 sudu besar butter cair
4 sudu besar gula

Cara masak :

1. Campurkan semua bahan-bahan kat atas, gaul sampai sebati.
2. Tuang 1 senduk campuran tadi dalam pan non-stick
3. Lepas 1 minit, balikkan pancake
4. Siap!
5. Hidang dengan coklat cair ataupun jem (ikut kreativiti masing-masing)

cewah ter-over hias :p


Heeeheheh amacam?
Tak sangka pulak lepas hias jadi macam ni. Siap ada daun kat atas (mhahahaha)
Sekali skala, nak jugak jadi masterchef lol

Okay, setakat ini sahaja entry kali ini.
Wasalam :)