Tuesday 23 December 2014

Cerita Cuti Aku

Assalamualaikum teman teman sabahat setia kawan sekalian (amboi)

Wah wah busy sangat ke kau suri sampai lama tak update blog? Jap. Busy? Eheh busy kacau life orang ada ler. Takde maknanya busy, malas tahap gaban super extreme nak update blog. Tu tara update blog pun dah malas, inikan pula buka buku dan study hukhuk ._. Seronok cuti? Ewah ewahh siapa tak seronok. Cuti wehh. Sekolah dilupakan wakakaka. Cuti sebulan lebih hmm rasa macam 10 hari je sobs. Fitrah dunia, masa begitu pantas berlalu.

Ada banyak sebenarnya peristiwa-peristiwa manis dan pahit yang berlaku semasa hari-hari cuti tahun 2014 ni. Eh ayat tak boleh poyo lagi suri? Ha ye la, banyak benda yang jadi, yang boleh mematangkan aku yang sedang menempuh alam-alam remaja dan bakal menuju alam dewasa. Allahuakbar, cepat sungguh jam berdetik, aku 16 tahun dah tahun depan? Whaaattt? Form 4 lol seriously. Senior dah(lol)

Sepanjang cuti ni ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam ceq nak habaq, ceq banyaaaakkkk main hahahahaha YA ALLAH. Tak sedar sedar lagi kau suri, 3 tahun ni ya rabbi perangai, tarzan dalam hutan baik lagi rasanya drpd nak bandingkan aku ni LOL untungla kau tarzan

Life masa cuti :

Pagi bangun solat subuh lepastu continue tidur atas sejadah HAHA (padahal katil kat sebelah)

Umi abi dah meleleh leleh ayaq liuq kejutkan aku tapi tak bangun bangun apa kejadah teruknya (maafkan kakak mi, abi, akak sedang mencipta kenangan yang boleh dikenang suatu hari nanti mhehehehe)

Bangun tak ingat time, mandi tak ingat dunia, makan lupa baca bismillah dan perkara ini berulang pada setiap hari haha lol takde la everyday

Tapi kalau mood rajin tu datang menyinggah, memang rajin tak hengat dunia lah jugak. basuh jemur lipat kain (itu pun umi yang suruh lol) memang peveret aku eheks. Dan yang ini memang aku terlajak rajin malah dapur pun rajin aku sepahkan, buat cake!or cookies and etc. Bangun pagi kalau rasa taktahu nak buat apa, search resepi dekat mr google, catat barang yg nak beli and terus pergi kedai beli apa yang patut. Seharian kat dapur perghh the best thing ever kahkah. Malam tu pepaham je la, penat sakit pinggang otot tangan kaki pankreas all in one package.

Hmmm ada banyak lagi nak story morry pasal cuti tapi di entry yang lain la pulak ye. My eyes are heavyyyy and i need to sleep ugh ngantok. Thankyou for reading muah. Assalamualaikum wbr.


Monday 8 December 2014

Pancake xx

Assalamualaikum

Pancake? Nampak sangat aku ni malas masak hahaha
Tapi okay la, at least aku masak jugak kan? =P

Al-kisahnya, aku ni bosan teramat sangat sungguh nian tak terkata time cuti ni. Seriously, lifeless ugggghhhhhh

At last, i've decided to make pancakes. Malas nk buat benda macam kek or muffin or whatsover semua tu (ye tahu aku malas lol)

So, yeahh, pancake!

Recipe (untuk 15 keping) :

3 cawan tepung gandum
3 cawan susu segar (HL @ dutchlady)
3 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
6 sudu besar butter cair
4 sudu besar gula

Cara masak :

1. Campurkan semua bahan-bahan kat atas, gaul sampai sebati.
2. Tuang 1 senduk campuran tadi dalam pan non-stick
3. Lepas 1 minit, balikkan pancake
4. Siap!
5. Hidang dengan coklat cair ataupun jem (ikut kreativiti masing-masing)

cewah ter-over hias :p


Heeeheheh amacam?
Tak sangka pulak lepas hias jadi macam ni. Siap ada daun kat atas (mhahahaha)
Sekali skala, nak jugak jadi masterchef lol

Okay, setakat ini sahaja entry kali ini.
Wasalam :)

Sunday 30 November 2014

Take Me To Paris!

Holla holaa holla assalamualaikum!


Paris oh paris. Kota bercahaya, kota cinta abadi (acewah)
Pernah pergi Paris? Hmmm. Untunglah siapa yang dah pergi tu. Eh tak pernah? Sama laa kita! Hahaha haiyfaiy sikit! (high 5 lol)

Aku tahu, ramai gadis-gadis kat luar sana yang cipta angan-angan nak travel pergi paris. Kan kan kan? Ehh ngaku je la. Kite same je ekekeke. Tapi........ hukhuk duit mana mau cekau? Pergi oversea bukannya makan duit beratus, beribuuu sayangg. *tepuk dahi*

Travel ni perkara yang buat kita miskin dan kaya dalam satu masa. Nak travel, kena pakai duit banyak. So mula-mula tu je lahh yang kaya. Lepas travel, duit dalam poket pun jadi kering. Miskin! Hukhuk lumrah dunia, macam ni lah. Pandai-pandai laa nak hidup. Hahaha

Tapi kalau teringin sangat nak pergi tu, apa salahnya? Jimat-jimatkanlah duitmu, huhu. Nak pergi untuk cari pengalaman, sekali seumur hidup. Haha.

So today, i would like to suggest 7 things to do in Paris. Free! haaaa percumaaaa. Boleh jimat beratus euro ye anak anak. Wewewewwweeeee~


Galeries Lafayette

Tempat ni sebenarnya gedung ataupun kedai orang-orang kaya yang terletak di Bulevard Housemann. Eh kejap, kedai orang-orang kaya? Kata nak jimat duit? Hahaha. (cuba untuk buat lawak tapi kalau tak jadi takpela) ugh abaikan. 
Banyak benda free yang boleh buat kat sini! 

1. anda-anda semua boleh lihat dan nikmati keindahan ciptaan manusia yang semuanya diatur oleh Allah SWT. Kagum dengan keunika kubah kaca berwarna, suatu warisan daripada Belle Epoque dan Art Nouveau Eras.

2. Ada pertunjukan fesyen mingguan di tingkat 7. Emm yang ni aku tak berapa pasti hari, tarikh dan masa semua tu. Kalau ada rezeki, ada lah :)

3. Kalau pergi tingkat atas sekali, korang boleh tengok pemandangan di kota Paris! cantik angat! err ngada kau suri


Musée Fragonard d'Alfort

4. Muzium yang ada beribu-ribu jenis minyak wangi. Minyak wangi jenis lama, baru, besar, kecil, busuk, masam, masin semua ada lol. Yang penting.. free! Hoho perkataan free tu mesti ada. Free masuk muzium je la. Kalau nak beli minyak wangi, haaa yang tu pakai duit lah ye. Ngeee. Muzium ni terletak di Napoleon II Townhouse.


La Défense

5.  La Defense ni kawasan bandar yang ada macam-macam jenis 'skyscrappers'. Bangunan-bangunan unik yang mencakar langit! Kuasa siapa lagi kalau bukan kuasa Yang Maha Pencipta. Kan? 
Korang boleh jalan-jalan sambil ambil gambar kenangan.. yang penting apa? Free! hahahaha amboi seronok.



Butte Chaumont

6. Bagi orang yang suka jalan-jalan di kawasan ala-ala taman gituu, haa ni laa tempatnya! Dekat situ ada satu apartment nama 'Chandelier', korang kena daki bukit sikit kalau nak sampai sana. Perkataan 'Butte' sebenarnya merujuk kepada perkataan bukit dalam bahasa France. Dah sampai atas bukit, korang boleh tengok satu kota Paris!



Love locks on Pont des Arts and Pont de l’Archevêché


7. Arrghhhh yang ni paling aku sukaaa! Hahaha. Adat orang di Paris, kunci padlock yang diorang letak kat pagar ni simbol kepada 'love forever after'. Konon-kononnya macam cinta diorang terkunci kat situ, so that love tu sampai ke hujung nyawalah. *kononnyaaaa* Hihi, takpelah kita hormat je kepercayaan orang, tapi jangan sampai kita yang terpedaya! Just suka-suka. Ajet kau suri. nyampah


Memandangkan otak pun dah senget, mereng, terbalik, ter-rotate left andd right, baik aku stop me-ne-type. Nanti jadi lain, susah pulak. Hahaha(lol)

Paris, aku harap suatu hari nanti, aku dapat jejak kaki aku dekat sana. Nantilah.... someday, bila dah kerja dah ada duit sendiri ekekeeke. Ni laa orang panggil 'high imagination'. Berangan sampai tak sudah. 

Okayokay! Stop merapu. Pijak dunia nyata ye cik suri. 

Harap-harap entry kali ni dapat tolong ramai manusia yang akan menjejakkan kaki mereka di Paris! 
Te Amo! 
Au Revoir!
Byebye wassalam :) 

Saturday 29 November 2014

Mission Accomplished

Assalamualaikum

Yaaahhhhhhh!! Wuhuuuuuu!!
Happy gilaa tahap gaban punya seronok nak mampus hari ni HAHAHAHAHHAA

okay. annoying, ya tahu. ugh

Happy! Seronok bila dapat tengok bilik kemas sekemas-kemasnya. hahahaha benda kecik macam ni pun nak happy ye sughi. 
Eh mesti! Hasil titik peluh sendiri. Dari pagi sampai ke petang uols. I mengemas bagai nak pengsan. Tulang belakang ni pun entah sihat walafiat ke tak. Hehe insyaAllah sihat je.

Sejak seminggu dua ni, abi dengan umi asyik beletiaq potpetpotpet kat anak dara sulong depa ni, 
*tudia mai penang teruih*

" kakk, buat la something kat bilik tu, bagi nampak macam bilik anak dara. abi tahu kakak ni kreatif sebenarnya"

"kakkkk, pergi la kemas bilik apa yang patut tuu. kemas semua buku-buku tak pakai"

"kakkkkkkk, jangan la buang masa. daripada buang masa ni baik pegi kemas bilik tuuu"

"kaakkkkkkkkkk, dengar tak apa umi ngan abi cakap niii"

hahahahahaha lebih kurang macam tu la ayat mama dgn papa. eh umi dgn abi. ngade nk bermama papa pulak. erk

okayokay! harini aku ada semangat. setelah ayat umi dgn abi berpusu-pusu masuk dalam gegendang telinga ni. dah sampai oval window kot.

MISI MENGEMAS BILIK! hukhuk *batuk*

10.00 am
setapak.. dua tapak.. aku jejak kaki masuk dalam bilik. (eeeee bunyi macam bilik aku ni dah macam sangkar harimau, eh bukan harimau dah, reban ayam. hahahahha. actually tak la sampai teruk macam tu, saja je nak ambil aura, baru semangat sikit nak kemas mengemas ni)

Tiba-tiba rasa macam satu wire kat dalam otak ada current. Wehh! Idea dok mai, idea dok mai! Tetiba terfikir nak kemas apa, nak buat macam mana, strategi nak kemas semua hahahahahaa (aku je yang faham macam mana rasa dia. lol)

gedebang gedebung gedebeng gedebushh dedaabbuummm! hahahaha macam-macam bunyi dok ada. kalah zoo negara. ehh suka hati aku lah nak buat bunyi apa pun, bilik aku, aku yg kemas, yang penting siap cukup. haha

2.00 pm
dalam pada dok kemas-mengemas tu, ehhhhhhhhhh boleh pulak tertidur. eiishh sleeping beauty betul kau suri, kerja tak siap lagi, ada hati nak tidur. penat laa katakan, padahal tak sampai sehari pun mengemas hahahaha. amboi teruknya perangai

5.00 pm
whaaatttt. dah petang Ya Allah macam mana boleh tetidoq ni. hmm redha, benda dah jadi. lantas aku bangun dan sambung kerja yang terbengkalai tadi. kemas punya kemas punya kemas punya kemas..................

Akhirnya! Siaaappppp. Hahahahaha(gelak sorang2 dalam bilik) zzz

Fuuhhh, actually ni dah kali ke-1001 aku kemas bilik. Lepas kemas, ada jaa monster-monster yang baik hati tolong sepahkan. Sape lagi kalau bukan adik-adikku terchentaaa. Ishh nasib baik sayang, kalau tak ... dah lama hahaahaha ._.

So lepas kemas bilik tadi, aku dah siap warning diorang siap-siap.

" Hanin! Hanis! Harraz! Kalau bilik kakak bersepah lagi, haaaaaa tahu laa apa akak nk buat nanti. Jangan sepahkan bilik ni lagi tau!"
(sambil tunjuk gigi taring belah kiri dengan kanan)

hahaha, amboi garang sangat. budak tadika pun tak takut, cik suri. jangan bangga dan riak. k ~

hmm so, itu kehidupan aku harini. sangat happy, dan... penat. ya itu semestinya.

hope tomorrow will be better than the previous days.

p/s: nantikan kemunculan entry baru, langkawi yaww! family vacation 2014.

byebye :)
see yaa! wassalam. xx

Sunday 19 October 2014

Freedom! Ye ke?

Assalamualaikum kesayangan.



PT3 ?!?!?
Pentaksiran Tingkatan 3. Budak sekolah menengah, umur 15 tahun yang jadi first batch untuk exam ni. Ganti exam pmr katanya? Agak clumsy, but apakan daya. Hanya mampu pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi huhu. Kami sedia cahut cabaran! "Erk lepas exam baru kau semangat lebih ye nyah?" Krik krik -,-

Okay. PT3?
Fuhh, *lap peluh, perah dalam baldi*
Alhamdulillah, semua dah beres yey! Penat pulun oii. Cuma tunggu result je sekarang ni. Bedebaq dupdapdupdap juga lah ya. Apa yang kita usaha selama ni harap-harap membuahkan hasil.

Ada something yang aku nak share pasal exam pt3 ni. Something yang buat aku fikir panjang. Yang buat aku termenung sampai selatan australia. Yang buat aku rasa bagai dibuai bayu. Eh? ... entah la nk cakap. Rasa insaf maybe? Aduh apa kau merapu ni suri. Okayy. Jap nak explain.

A year before exam;
*time tu taktahu pasal kewujudan exam pt3 kesayangan ni*
Dalam hati : "lekk luu. Kita tak ada exam pmr pun kann. Pmr dah musnah ekekeke. So kita enjoy je lah ye kenkawan. Tak study pun alahhh small matter. Chillax."
Astaghfirullahalazim. See? Betapa jahilnya aku. Mudah sangat cair dengan hasutan makhluk tanduk dua tu. Sabar je laa.

Awal tahun 2014;
"Hahh? PT3? Apadiaaa pulak dah ni. Tak cukup lagi ke siksa kami  dengan pbs, nk tambah lagi dengan exam? *baling pinggan*"
Allahuakbar. Nak nangis je rasa bila fikir balik. Suriiiii. Istighfar sikit. Eh banyak lagi bagus.

A month before exam;
"Alahai. Sebulan je lagi? Kenapa sekejap sangat masa pergi hmphh."
*aura-aura keinsafan mula nak datang*

A week before exam;
"Ya Allah! Minggu depan exam! Serious taknak main-main dah."
*pulun study bagai nak gila. Kelas tambahan pagi petang siang malam.*

A day before exam;
"Ya Allah. Dengan apa yang aku usaha selama ni, aku harap aku dapat buat yang terbaik dan lebih baik."

Tawakkal kepada Allah. Kita dah usaha sehabis baik, yang tinggal hanya doa dan doa. Tawakkal. Selebihnya tu kerja Allah Taala.

Eh kejap. Aku buat semua ni untuk exam ke? Semata-mata kerana exam? *telan air liur*
Allahuakbar. Kalau betul la niat aku sebab nk jawab peperiksaan yang tak sampai seminggu tu, rasa macam nak ketuk kepala sendiri dengan kuali herggh.

Ilmu. Aku belajar kat dunia ni untuk apa sebenarnya?

Exam?
Umi dan abi?
Keluarga?
Cikgu?
Kawan?
Diri sendiri?
Yaaa. Semua tu yaa. Tapi ada yang lagi penting. Allah. Untuk Allah sebenarnya.

"Belajar kerana Allah"
Pernah dengar ayat ni? Pernah baca ayat ni dekat facebook, twitter, blog atau segala nama bala tu?

Deep meaning. Mula-mula aku terbaca ayat ni, macam-macam soalan yang timbul dalam otak.

Kerana Allah? Ya. Aku belajar untuk bekalan akhirat kelak. untuk majukan umat Islam. Ada niat yang baik dalam hati ni, yang boleh bagi manfaat pada orang lain.

Bukan sebab untuk kepentingan diri sendiri, nak menunjuk-nunjuk, riak and so on.

Muhasabah diri. Tajdid niat. Allah akan bantu kita.

So the conclusion is, ilmu tu wajib dituntut. Tak kiralah ada exam ataupun tak, ilmu sangat penting. Untuk kebaikan masa depan dan di akhirat kelak.

Wassalam xx

Sunday 14 September 2014

The First Entry.

Haiii. Assalamualaikum. ☺☺

actually ni dah ke berapa ribu kali dah buat blog. since darjah lima dh berblog tapi tak reti-reti nk update blog wkwk. hmm so let me 'perkenalkan' diri ni dulu eh.

nama diberi Suri Afrah Hanan. anak pakcik Suhaizi dan makcik Norizan. ehhh. hehe.
boleh panggil suri // shuwi // sughi  // wiwi // susu // riri // haha // nanan k lol jk
umur? hmm otw to 'tua'. 16 dah..... rasa mcm baru je semalam ambik result upsr. huhu.
studying in SMKA(P) Al-Mashoor, Penang. 
seorang kakak sulong. mempunyai 3 orang adik yg handsome dan comel2 belaka hihi.
im single jyeahh. but.... not available haha :p
a toilet singer(lol)
pantang tengok baby ughhhh comel tahap extreme.
ramai kawan yg gila-gila belaka. wanis xx & kamshan xx.
fall in love with homeworks. eh
peveret food; pizza lol
peveret drinkk; apple juice.
peveret colour; lavender/yellow
peveret song; depends. suka tukar lagu peveret :3
suka masak. tapi kalau malas tu .. haha tak la kot.
suka baca macam-macam jenis novel or should i say books? lol
suka aktiviti lasak(maybe)
tinggi : 157cm
berat : 47g
BMI : normal
cita-cita? hmm doctor! Amin Ya Rabbal Alamin.

I am who I am. No one else.

Adioss, byebye.
Jumpa di lain entry xoxo.