Monday 8 December 2014

Pancake xx

Assalamualaikum

Pancake? Nampak sangat aku ni malas masak hahaha
Tapi okay la, at least aku masak jugak kan? =P

Al-kisahnya, aku ni bosan teramat sangat sungguh nian tak terkata time cuti ni. Seriously, lifeless ugggghhhhhh

At last, i've decided to make pancakes. Malas nk buat benda macam kek or muffin or whatsover semua tu (ye tahu aku malas lol)

So, yeahh, pancake!

Recipe (untuk 15 keping) :

3 cawan tepung gandum
3 cawan susu segar (HL @ dutchlady)
3 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
6 sudu besar butter cair
4 sudu besar gula

Cara masak :

1. Campurkan semua bahan-bahan kat atas, gaul sampai sebati.
2. Tuang 1 senduk campuran tadi dalam pan non-stick
3. Lepas 1 minit, balikkan pancake
4. Siap!
5. Hidang dengan coklat cair ataupun jem (ikut kreativiti masing-masing)

cewah ter-over hias :p


Heeeheheh amacam?
Tak sangka pulak lepas hias jadi macam ni. Siap ada daun kat atas (mhahahaha)
Sekali skala, nak jugak jadi masterchef lol

Okay, setakat ini sahaja entry kali ini.
Wasalam :)

No comments:

Post a Comment